Thursday 25 August 2016

Entri saya hari ini;

My lost patient

I am back....

Sebelum ini saya diarahkan berpindah ke sebuah daerah yang mana klinik-klinik kesihatan sangat memerlukan khidmat Pakar Perubatan Keluarga. Agak mencabar apabila seorang sahaja Pakar Perubatan Keluarga yang ditempatkan di sebuah daerah yang menjaga 10 klinik kesihatan. Namun, pengalaman itu telah banyak mengajar saya apabila saya dipindahkan semula ke klinik kesihatan pilihan saya semula.

Sekembalinya saya...ramai pesakit saya yang telah lost follow-up, program di klinik juga tidak berjalan...mmmm....

Kerja-kerja menjejak kasih bermula. Kebanyakan pesakit yang tidak datang temujanji mengatakan tiada tarikh diberi untul lawatan susulan, ada juga yang telah berpindah dan ada yang assume telah sembuh. Apa yang lebih membimbangkan adalah pesakit kronik eg diabetes,darah tinggi, HIV yang rata-rata datang semula dengan pelbagai persepsi penyakit mereka

Staf saya diberi penerangan tentang betapa pentingnya untuk menjejak semula pesakit-pesakit ini. Staf faham dan akur. Setelah dapat menjejak semula melalui telefon dan lawatan ke rumah, pesakit saya datang semula ke klinik. Saya nasihatkan mereka dan membuat bonding semula dengan mereka.

Saya bersyukur kerana pesakit mempelajari sesuatu dan menyedari akan kesilapan mereka. Agak mencabar untuk meyakinkan pesakit supaya datang rawatan susulan dan membuat pemeriksaan darah semula kerana telah lama tidak membuat pemeriksaan kesihatan.

Misi saya adalah merawat pesakit seperti mana mereka ini adalah ahli keluarga saya.....

Lot of compassion and positive mental attitude....

No comments:

Post a Comment

Ada kemusykilan ?